Monday 7 December 2015

BENIH - BUKU TANAMAN PENDIDIKAN KHAS

B.      BENIH


Jenis-jenis benih
Benih tanaman dapat diperoleh melalui  dua cara,iaitu  secara generatif dan vegetatif. Pohon yang ditanam menggunakan benih  generatif memerlukan tempoh lama untuk berbuah.  Penggunaan benih generatif banyak digunakan untuk penanaman pokok seperti  betik, tembikai, nangka, manggis dan duku.

1.  Benih Generatif(biji)


Kebanyakan tanaman menggunakan biji secara generatif (biji) atau seksual kerana biji berasal dari pertumbuhan embrio hasil pendebungaan.
Benih generatif  berasal dari biji yang sengaja di benihkan atau yang tumbuh sendiri . Benih generative banyak dalam penanaman buah-buahan.

1.1       Kelebihan Benih Generatif :

·         Proses penghasilan benih lebih mudah dan murah
·         Dapat menghasilkan benih variati baru
·         Benih tahan lama,tahan penyakit dan lebih subur
·         Menghasilkan keluaran lebih banyak

1.2       Kelemahan Benih Generatif:

·         Buah terhasil dalam jangka masa yang panjang
·         Kualiti buah hanya dapat diketahui selpeas buah terhasil
·         Jarang mendapat hasil tanaman sebaik  induk  asalnya.
·         Kemungkinan tiada buah terhasil kerana pokok jantan.

 

2.            Benih Vegetatif



Benih tanaman yang tidak menggunakan biji dipanggil  benih vegetatif atau aseksual. Bahagian tanaman buah yang dapat digunakan untuk perbanyakan ini adalah akar dan batang.

Kebanyakan  tanaman dengan benih  kultur (hasil kajian makmal) juga termasuk jenis  benih  tanaman secara vegetatif, kerana  benih tersebut  terhasil daripada  bahagian sel tanaman selain buah.
Pohon buah-buahan yang berasal dari bibit vegetatif cepat menghasilkan buah, kerana masa pertumbuhan vegetatif tanaman tempohnya pendek.Pokok mempelam yang berasal dari biji pertama kali berbuah pada umur 6-7 Tahun. Kalau tanaman berasal dari benih vegetatif,kita hanya  menunggu hasilnya selepas 3 tahun.

2.1   Kelebihan benih vegetatif antara lain :

·         sifat-sifatterbaik daripada  induk dapat diwarisi oleh keturunan berikutnya
·         tanaman cepat berbunga dan berbuah
·         Tanaman dapat tumbuh dengan baik

2.2   Kelemahan benih Vegetatif antara lain:

·         jumlah benih yang di peroleh dari pohon induk sedikit
·         Pohon mudah tumbang karena akar pendek,
·          tidak tahan kekeringan pada saat musim kemarau



No comments:

Post a Comment