Tuesday 22 December 2015

BAHAGIAN B - PENANAMAN SAYURAN - BENIH

 BENIH SAYURAN


Jenis benih
Terdapat  2 jenis benih iaitu:

1.       Biji benih   (pembiakan seks tanaman)
2.      Tanpa biji benih   (pembiakan aseks tanaman)



Cara Memilih biji benih


Struktur Biji Benih







Cara Menyemai Biji benih

1. Penyemaian biji benih boleh dibuat terus ke batas atau disemai        di dalam kotak semaian.

2.  Lada,labu dan kacang pula sesuai menggunakan kotak semaian.

3.  Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batas sayuran seperti               kangkung, sawi, kailan dan bayam ditanam dengan menggunakan biji benih yang disemai terus ke batas mengikut aluran diikuti dengan kerja-kerja penjarangan anak benih.


Semaian menggunakan kotak semaian

.
Semaian terus ke batas  tanaman



Aktiviti 2: Penyemaian Biji Benih Terus Ke Batas
a) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.
b) Buat alur cetek di atas batas pada jarak 10 cm antara alur.
c) Biji benih halus dicampurkan dengan pasir halus dengan nisbah 2 bahagian biji benih dan 7 bahagian pasir
untuk mendapatkan taburan yang sekata.
d) Tabur biji benih pada alur dan timbus dengan tanah.
e) Biji benih yang telah disemai hendaklah diberi perlindungan dan disiram air 2 hingga 3 kali sehari.
f) Selepas terdapat 4 hingga 5 helai daun anak benih, kerja-kerja penjarangan hendaklah dilakukan.
g) Buang anak benih kurang subur dan tinggalkan anak-anak pokok yang sihat.
h) Jarak antara pokok (untuk sawi dan kangkung) selepas dilakukan penjarangan adalah 4 -5 cm.

Penyemaian Biji Benih Dalam Kotak Semaian

Penyemaian biji benih dibuat di dalam kotak yang dibuat daripada kayu yang bertebuk di bawahnya. Ukuran yang sesuai adalah 75 cm x 45 cm x 10 cm (Panjang x Lebar x Tinggi). Kotak diisi dengan medium ke paras 2 hingga 4 cm dari atas permukaan kotak.
Jenis sayuran yang sesuai disemai dengan cara ini ialah kobis, bunga kobis, brokoli atau flokoli.


Aktiviti 3: Penyemaian Dalam Kotak Semaian

a) Biji benih perlu dirawat dengan mencampurkan racun kulat sebelum disemai.
b) Biji benih ditabur di dalam kotak semaian dan ditimbus dengan selapisan tanah setebal 5 cm
c) Selepas biji benih cambah dan mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun, anak benih boleh diubah ke batas atau ke dalam bekas penanaman.



Penyediaan Medium Dalam Bekas

Sayuran boleh tumbuh dengan subur dalam pelbagai medium. Medium tersebut hendaklah mempunyai kemampuan menyerap dan menyimpan air serta mempunyai pengudaraan yang baik. Medium yang sesuai untuk menanam sayur dalam bekas adalah campuran tanah yang disediakan dengan nisbah 7:3:2 iaitu 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir.

Ehsan: Kemahiran HidupToU
http://www.kemahiranhidup2u.com/2011/07/jenis-jenis-sayuran-dan-menyemai-biji.html

No comments:

Post a Comment