Friday, 27 November 2015

BUKU TANAMAN PENDIDIKAN KHAS http://www.slideshare.net/amuradhamid/buku-tanaman-pendidikan-khas-olahan-abdul-murad-abd-hamid

http://www.slideshare.net/amuradhamid/buku-tanaman-pendidikan-khas-olahan-abdul-murad-abd-hamid




---------------------------------------------------------------------------------------------------------


A- MEDIA TANAMAN
Media tanaman merupakan salah satu faktor penting yang sangat menentukan kemenjadian tanaman. Ia akan menentukan baik buruknya pertumbuhan tanaman yang pada akhirnya mempengaruhi hasil keluaran.  .
Setiap jenis tanaman memerlukan sifat dan jenis media tanaman yang berbeza. Contohnya, tanaman buah-buahan memerlukan jenis  media tanaman yang berbeza dengan tanaman sayuran. Tanaman buah memerlukan media tanam yang pejal  supaya dapat menampung pertumbuhan akar  yang relatif lebih besar, manakala  jenis tanaman sayuran daun lebih memerlukan media tanam yang gembur dan mudah ditembus akar.
Gambar: media tanaman

Bahan Media Tanaman

a. Tanah (bahan utama)
Gambar: Lapisan atas(top soil)

Tanah yang baik untuk media tanam sebaiknya diambil dari lapisan atas (top soil). Secara umum terdapat dua jenis  tanah yaitu yang harus diperhatikan iaitu  tanah pasir dan tanah liat.  Tanah yang berpasir memiliki kemampuan serapan  yang baik, cepat mengalirkan air namun kelemahannya tanah tersebut tidak boleh  menyimpan air. Manakala tanah liat  takan menyebabkan air bertakung. Tanah yang baik untuk media tanaman ialah tanah gembur yang  tidak  tidak terlalu berpasir dan tidak terlalu keras

b. Kompos atau humus
Gambar: Tanah kompos

Kompos merupakan bahan organik yang berfungsi sebagai penyedia unsur nutrien bagi tanaman. Kompos yang digunakan untuk media tanam adalah kompos padat.

c. Sisa sabut kelapa



Sisa-sisa sabut kelapa (coco peat). Sabut kelapa mempunyai sifat seperti arang sekam. Media tanam sabut kelapa cocok digunakan di daerah yang kering dengan curah hujan rendah. Sabut diambil dari bagian kulit kelapa yang sudah tua.

d. Arang sekam

Arang sekam merupakan hasil pembakaran tak sempurna dari sekam padi. Arang sekam berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah. Penambahan arang sekam pada media tanaman  akan memperbaiki struktur media tanaman karana partikel-partikel di dalamnya  dapat mempengaruhi  pergerakan air, udara dan menjaga kelembapan.
Selain itu,  arang sekam  dapat menutral kan kemasaman tanah dan racun, mengekalkan  kelembapan, merangsang pertumbuhan mikrob yang membantu  tanah gembur sehingga memperbaiki serapan. Arang sekam lebih baik  jika dibanding dengan  sekam padi, kerana arang sekam telah  mengalami pembakaran yang tentunya  menghilangkan perosak tanaman  seperti hama , beluncas dan sebagainya.

Cara membuat media tanaman organic di polibeg


Langkah-langkah:

1.    Siapkan tanah yang gembur dan subur, lebih baik diambil dari bagian paling atas (top soil)
2.      Kemudian ayak tanah tersebut hingga menjadi butiran-butiran halus dan kering.
3.     Sediakan kompos yang telah matang, sama ada  dari jenis kompos biasa, bokashi atau kompos takakura. Gaul  dan ayak kompos atau humus tersebut sehingga menjadi butiran halus.
4.     Sediakan  arang sekam
5.     Campurkan tanah, kompos, dan arang sekam dalam sebuah bekas.
6.      
KOMPOSISI CAMPURAN
2 bahagian tanah, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian arang sekam (2:1:1).


Gaul kesemuanya hingga rata
7.     Siapkan pot atau polibeg, masukkan campuran tersebut ke dalamnya.

    Gambar:

Bokashi: Daripada sisa makanan

Gambar: Cara membuat kompos takakura 
Ehsan daripada: www.kincirhijau.blogspot.com